Tuesday, August 18, 2009

Malay olevel.

Perasaan saya bila sedang menunuggu untuk menerima keputusan GCE Peringkat O bahasa Melayu sangat menyeramkan.Saya juga amat takut jikalau tidak mendapat keputusan yang baik kerana tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya. Tujuan saya adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya B3.Jikalau saya mendapat lebih daripada itu ,syukur alhamdullilah.

Wednesday, August 12, 2009

PENGERTIAN HARI KEBANGSAAN BAGI SAYA~!!



Pada tahun ini,Singapura negaraku meraikan hari kemerdekaanya selama 44 tahun.Hari ini merupakan hari kejayaan bagi warga Singapura.Selain daripada itu, kami juga ada cuti untuk 3 hari.Ramai penduduk pergi ke luar negara sebagai suatu percutian.Ada juga yang pergi menonton sambutan perayaan itu di televisyen dan ada juga pergi ke Marina Bay sendiri untuk menontonnya.Bagi saya,saya hanya duduk di rumah seperti biasa.Pada masa kini, saya sedag sibuk belajar jadi tidak dapatlah saya meraikan dengan penuh kegairahan.Walaupun begitu keadaanya,saya tetap akan mengambil masa untuk menonton persembahan di televisyen.Maklumlah tak orang tak kita,siapa yang tak sayang kepada negara sendiri.Sudah tinggal lama disini,maka disinilah RUMAH

kita.Jadi Selamat ulang tahun Singapura~!!!

WOOO~!! BUNGA API~!!










Tuesday, April 28, 2009

Muhammad Nur Shafiq Bin Sulaiman
Broncolli Road 123
Blk 14 #05-14
Singapure 51369


21 April 2009


Pengurus Sistic
Downtown East
Pasir Ris Dr 1

Tuan
PER:ADUAN ATAS PERKHIDMATAN YANG TIDAK BEGITU BAGUS

Berhubung dengan perkara di atas,saya dengan duka citanya ingin membuat aduan tentang perkhidmatan syarikat tuan yang kurang memuaskan.Minggu lalu, saya dan rakan-rakan saya pergi ke downtown east untuk menonton persembahan David Archuleta yang terkenal. Kami mahu membeli tiket untuk persembahan itu. Kounter tiket itu pula terletak di luar.Kami cuba beratur untuk membelinya tetapi barisan peraturan itu amat panjang sekali.Namun begitu, kami tetap beratur.

Saya dapat tahu yang hanya satu kounter tiket yang buka antara lagi dua kounter.Saya berasa hairan sambil tertanya-tanya mengapa kounter itu tutup.Apabila giliran saya tiba untuk membeli tiket,saya tidak senang hati dengan kalakuan pegawai di kaunter tiket itu.Beliau kurang bersopan santun terhadap saya dan seperti tidak khlas untuk melayani saya.

Saya hanya bersabar dengan sikapnya itu.Pegawai tiket harus di tegur atas tindak lakunya.Mungkin beliau meraasai bahawa kerjanya membawa tekanan kerana ramai pelanggan yang harus dilayani.Namun, dia tidak harus bersikap sedemikian.

Semoga aduan kami (pada kali ini) mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi membuat sesuatu untuk mengatasi perkara ini.Saya amat berterima kasih jikalau tuan dapat menyelesaikan masalah dan berharap supaya kejadian yang sama tidak berlaku lagi.

Thursday, April 2, 2009

hARI KEBANGSAAN

Pada hari ini, kami meluangkan masa dengan rakan-rakan kita
dan mengukapkan kasih sayang kepada mereka.Masa untuk berkawan bersama orang yang berbangsa lain di seluruh dunia.Pada hari ini juga, berbalas-balas hadiah-hadiah seperti bunga,kad,dan bermacam-macam lagi.Tiada banyak kesusasteraan dalam sejarah Persahabatan Antarabangsa apabila kami menyambut hari itu.
Persahabatan Antara telah dihargai sejak permulaan atas kehidupan manusia di dunia ini.Sekolah kami menyambut hari Persahabatan Antarabangsa ini.Pelajar-pelajar di sekolah kami membuat pertukaran hadiah-hadiah dengan kawan-kawan.
Hadiah-hadiah yang mereka menukarkan ialah kad-kad yang menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
Pada tahun lalu, sekolah kami mengadakan penyambutan Persahabatan Antarabangsa.
Ada pelajar memberi bunga-bunga kepada guru-guru dan rakan-rakan yang berbangsa lain.
Pada pendapat saya. hari Persahabatan Antarabangsa adalah penting kerana ia boleh menunjukkan bagaimana kami memberi kasih sayang dan penghargaan pada apa yang mereka telah melalukan untuk kita.

Thursday, March 26, 2009

Liverpool

14/03/09

GAAHAHA~!! itu lah reaksi saya kepada penyokong kelab pasukan bola sepak Manchester United.Saya,sebagai penyokong setia Liverpool bersorak apabila mereka menewaskan ManU
1-4.Tidak mudah bagi kelab besar seperti Manu,untuk ditewaskan.Saya pergi menonton perlawanan itu di Tmart Kopitiam.Suasana di sana sungguh berbeza jika dibandingkan dengan suasana menonton di rumah.Apabila ManU menjaringkan gol pertama,penyokong ManU sudah terlalu pasti bahawa mereka akan menang.Lalu liverpool menjaringkan satu demi satu gol untuk menjumlahkan kemenangan yang besar.Saya sungguh kagum melihat pasukan yang telah saya sokong selama seribu tahun dapat menewaskan kelab dajjal itu.

Thursday, March 12, 2009

Filem Yang Saya Gemari

Saya gemari filem yang berjudul Superbad.Filem ini mengisahkan tentang dua persahabatan antara dua lelaki.Mereka berkawan sejak kechil lagi,sekolah yang sama hingga ke peringkat "high school".Selepas menduduki peperiksaan,George akan pergi ke kolej.Albert pula tidak dapat pergi ke kolej.Mereka tahu persahabatan merek akan menjadi renggang.Jadi mereka bercadang untuk membuat sesuatu seblum pindah ke sekolah masing masing.Mereka mengadakan sebuah majlis perayaan.Apa yang terjadi di majlis itu,anda harus TENGOK SENDIRI~!